KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia telah menggantung jualan singkat sekuriti Boustead Plantations Bhd sepanjang hari di bawah jualan singkat harian (IDSS).

Penggantungan itu dibuat selepas harga terakhir dibuat bagi sekuriti kumpulan tersebut yang diluluskan merosot lebih 15 peratus daripada harga rujukan.

"Jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada hari dagangan berikutnya, Selasa, pada 8.30 pagi," menurut pengawal selia bursa saham itu.

Pada 11 pagi, saham Boustead Plantations sebanyak RM1.22, merosot 24 sen atau 16.43 peratus, dengan 25.01 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA